BAGAIMANA UNTUK MENJUAL / BAGAIMANA UNTUK BERMULA


Bila kita nak buat bisnes dan menjual apa apa produk sekalipun, kita mesti mempunyai rancangan yang tersusun untuk kita buat kerja. Kita tak boleh buat kerja tanpa ada apa apa struktur, kerana itu akan menganiaya diri sendiri

.

Poknik cadangkan rakan2 ambil masa dalam 2 jam untuk buat kerja yang poknik dah bimbing rakan2 seperti di bawah. Jangan pula buat macam biasa... tengok tengok sikit sikit pastu tinggal. Dah banyak tahun dah rakan2 stuck kat tempat sama...hutang makin banyak.. rakan2 bina disiplin sikit ye insyaallah.

ambik masa 2 jam, buat ni satu satu... nanti lepas ni rakan2 dah senang bila dah pandai cara kerja yang berkesan insyaallah.

.

Pertama sekali, rakan2 boleh tengok video penerangan poknik disini ye >>  https://www.facebook.com/groups/388694864861782/posts/1437445823320009/ 
ambil pen dan kertas dan ambil nota. Setelah ambil nota, dari video, teruskan baca nota poknik di bawah ini.

Dibawah ini adalah cadangan poknik kepada anda semua berkenaan apa yang perlu dibuat untuk membina jualan yang banyak untuk diri anda.

.

STEP 1 – MENYEDIAKAN BAHAN MARKETING

1.      Beli satu set Ezziy Steam Iron

a.      Buat video unboxing

b.      Buat video cara guna

c.      Buat video review

d.      Buat video testimoni

e.      Ambil gambar-gambar yang berkaitan

                                                    i.     Gambar susun atur produk dalam bilik

                                                   ii.     Gambar rak gosok baju Bersama produk

                                                  iii.     Gambar iron baju Bersama baju siap gosok ditepi timbunan baju

                                                  iv.     Gambar2 lain yang menunjukkan penggunaan produk dalam kehidupan seharian

f.       Ambil video video berkaitan

                                                    i.     Anak gosok baju

                                                   ii.     Video timer gosok baju 20 helai 10 minit dll

                                                  iii.     Video2 lain yang menunjukkan iron tersebut menambah baik kualiti hidup

2.      Membuat nota produk knowledge – nota produk knowledge adalah sangat penting kerana kalua kita takt ahu produk kita, maka kita tak akan dapat jual produk tersebut. Kita kena tahu kekuatan dan kelemahan produk kita dan kita kena tahu apa keistimewaan produk kita. Kita juga perlu tahu bagaimana produk kita akan menambah baik kualiti kehidupan pengguna

a.      Pernyataan jaminan

b.      Bahan pembuatan

c.      Cara guna

d.      Tips and trick menggosok pakaian

e.      Perbandingan dengan steam iron lain dan iron biasa

f.       Spesifikasi teknikal

g.      Manfaat kepada pengguna

h.      Ciri ciri iron

i.       Advantage / kelebihan produk


3.      Membuat customer avatar – mengenali pelanggan adalah satu perkara yang sangat penting. Ramai penjual amatur tidak pernah membuat profiling pelanggan, dan mereka akan menyebut tentang produk mereka kepada semua orang tanpa mengira samada orang tersebut sesuai dengan produk mereka ataupun tidak. Akibatnya, kawan2 mereka menjauhkan diri dari mereka dan mereka juga merasa sakit hati dengan kawan2 mereka.

Perkara ini dapat dielakkan jika mereka menjual kepada orang yang betul dan untuk mengetahui samada seseorang itu sesuai ataupun tidak, kita perlu buat customer avatar

a.      Jantina

b.      Umur

c.      Tinggal dimana

d.      Pekerjaan

e.      aktiviti harian mereka – dari pagi sampai malam

f.       kenalpasti apa masalah yang mereka hadapi

g.      kenalpasti apa solution kita boleh tawarkan

h.      senaraikan objections / bantahan yang mereka mungkin ada

i.       kenalpasti dari mana mereka selalu dapatkan maklumat untuk mereka selesaikan masalah mereka


4.      Membina senarai tawaran

Setelah kita tahu kekuatan produk kita dan setelah kita tahu masalah prospek kita, maka kita kena tahu apa yang kita boleh tawarkan kepada mereka. Jika mereka melihat tawaran kita itu  berbaloi dan mampu memudahkan mereka, maka mereka pasti akan membeli produk kita.

seboleh mungkin, kita senaraikan dalam 5-10 tawaran kita dan kita akan dapati bahawa salah satu dari tawaran yang kita bentangkan itu sangat disukai oleh prospek kita.

5.      Dalam apa jua kaedah menjual yang kita jalankan, apa yang kita nak buat ialah memberi penerangan atau presentation kepada prospek kita.

Jika kita berniaga menggunakan ecommerce, maka presentation kita adalah dalam bentuk salespage

Jika kita berniaga menggunakan chatbot atau closing melalui whatsapp, maka presentation kita ialah skrip closing kita

Jika kita berjual secara face to face, maka presentation kita ialah penerangan kita kepada rakan2 kita

atas dasar itu penerangan kita perlulah merupakan penerangan yang berstruktur supaya sesiapa sahaja yang menerima penerangan kita tersebut akan membuat pembelian.

target kita dalam mana mana projek yang kita join ialah untuk mempunyai satu penerangan yang baik dan berkesan yang mampu membawa jualan kepada kita. Bergantung kepada produk, sesetengah produk tidak memerlukan penerangan yang Panjang lebar, manakala sesetengan produk lain pula memerlukan penerangan yang lebih terperinci.

bagaimana kita nak tahu samada sesuatu produk itu memerlukan penerangan yang Panjang atau tidak? Kita  boleh tahu perkara ini dengan melakukan presentation kepada beberapa prospek. Panggillah kawan2 dan berikan penerangan dan tanya jika mereka ada soalan.

soalan2 yang mereka tanya tersebut akan membolehkan kita menambahbaik penerangan kita.

6.      Bagaimana kita nak dapatkan orang yang cukup ramai untuk mendengar presentation kita? Kalau kita ada presentation yang baik dan berkesan, tapi tak ada orang yang mendengarnya atau membacanya, maka presentation tersebut adalah tidak berguna.

untuk mendapatkan seramai orang mendengar presentation kita, maka kita kena belajar sales process pula. Ini ialah ilmu yang kita gunakan untuk mendapatkan sales dari seseorang yang tak tahu apa apa mengenai produk kita sehinggalah mereka menjadi pembeli yang begitu bersemangat untuk menggunakan produk kita.

Untuk sales process poknik akan ceritakan dalam penerangan lain. 

Comments

Popular posts from this blog